1 00:00:15,800 --> 00:00:18,760 THE SIGNAL 2 00:00:30,720 --> 00:00:31,560 Empat jam. 3 00:00:34,760 --> 00:00:35,600 Ya. 4 00:00:37,000 --> 00:00:37,840 Jangan pergi. 5 00:00:43,720 --> 00:00:45,320 Tiada apa-apa di luar sana. 6 00:00:47,520 --> 00:00:48,800 Tiada kebahagiaan. 7 00:00:51,240 --> 00:00:53,960 Kenapa awak ingat ini tentang kebahagiaan saya? 8 00:00:57,200 --> 00:00:58,280 Habis tentang apa? 9 00:01:02,720 --> 00:01:05,320 Saya tahu awak susah nak bayangkan 10 00:01:06,400 --> 00:01:09,000 tapi ada benda lebih besar daripada kita. 11 00:01:09,480 --> 00:01:11,600 Benda yang berbaloi dicari. 12 00:01:17,160 --> 00:01:20,320 Ada juga benda yang lebih kecil daripada kita, 13 00:01:20,400 --> 00:01:21,880 dan mereka perlukan awak. 14 00:01:24,600 --> 00:01:25,440 Sini. 15 00:01:27,480 --> 00:01:29,760 Awak tahu saya nak buat apa, bukan? 16 00:01:31,280 --> 00:01:35,160 - Mungkin Charlie boleh dengar semula? - Charlie boleh dengar. 17 00:01:37,320 --> 00:01:38,680 Dengan telinga dia. 18 00:01:40,920 --> 00:01:42,160 Tanpa komputer. 19 00:01:43,880 --> 00:01:47,360 Menikmati irama dalam telinganya sendiri. 20 00:01:47,880 --> 00:01:51,120 Charlie sudah sedia sempurna. 21 00:01:55,560 --> 00:01:56,680 Siapa sangka? 22 00:01:57,200 --> 00:01:58,040 Apa? 23 00:01:58,640 --> 00:02:02,440 - Semasa saya beritahu saya hamil… - Itu tak adil. 24 00:02:04,480 --> 00:02:07,160 Awak tak nak kita bawa anak itu ke dunia. 25 00:02:09,720 --> 00:02:11,200 Bukan sebab anak itu. 26 00:02:13,520 --> 00:02:14,760 Kerana dunia ini. 27 00:02:18,720 --> 00:02:22,560 Sekarang, awak tak nak kehilangan Charlie. 28 00:02:26,080 --> 00:02:27,240 Ayah! 29 00:02:45,040 --> 00:02:46,960 Charlie! 30 00:04:00,640 --> 00:04:04,640 KOTAK HITAM 31 00:04:58,760 --> 00:04:59,600 Charlie! 32 00:05:03,280 --> 00:05:04,440 Charlie? 33 00:05:04,520 --> 00:05:05,600 Jahanam. 34 00:05:06,920 --> 00:05:09,600 Mana dia? Di mana dia? 35 00:05:10,360 --> 00:05:12,000 - Siapa? - Anak saya! 36 00:05:16,000 --> 00:05:18,080 Alamak. Dia hilang? 37 00:05:18,880 --> 00:05:19,960 Apa rasanya? 38 00:05:22,240 --> 00:05:24,920 Di mana dia? Di mana? 39 00:05:32,080 --> 00:05:32,920 Tolonglah! 40 00:05:33,880 --> 00:05:35,000 Teruskan. 41 00:05:35,920 --> 00:05:37,440 Buat sampai habis. 42 00:05:37,960 --> 00:05:38,800 Apa? 43 00:05:40,560 --> 00:05:43,840 Awak lupa saya. Awak dan orang awak. 44 00:05:43,920 --> 00:05:44,880 Ambil saya juga. 45 00:05:54,640 --> 00:05:56,080 Kenapa tak ambil saya? 46 00:05:57,240 --> 00:06:01,280 Saya masih di sini. 47 00:06:01,920 --> 00:06:03,800 Ambil saya sekali! 48 00:06:04,920 --> 00:06:07,480 Kenapa saya masih di sini? 49 00:06:15,400 --> 00:06:16,280 Maaf. 50 00:06:18,280 --> 00:06:19,120 Kita mulakan. 51 00:06:31,040 --> 00:06:31,880 Okey. 52 00:06:35,320 --> 00:06:36,160 Sedia? 53 00:06:39,520 --> 00:06:40,400 Tiga, 54 00:06:41,200 --> 00:06:42,040 dua, 55 00:06:42,720 --> 00:06:43,640 satu. 56 00:06:49,040 --> 00:06:49,880 Charlie… 57 00:06:50,600 --> 00:06:51,440 Charlie. 58 00:06:53,280 --> 00:06:54,280 Kamu dengar tak? 59 00:07:04,800 --> 00:07:07,360 Kamu dengar tak? Kamu dengar tak, Charlie? 60 00:07:08,240 --> 00:07:09,080 Helo. 61 00:07:10,400 --> 00:07:11,440 Kamu dengar tak? 62 00:07:33,200 --> 00:07:34,080 Jadi, ia… 63 00:07:34,160 --> 00:07:35,840 Ia wujud. Ia di luar sana. 64 00:07:35,920 --> 00:07:38,160 Hadi sedang mencarinya. 65 00:07:38,240 --> 00:07:41,000 Diam-diam. Tapi dia tak tahu masa isyarat itu. 66 00:07:41,080 --> 00:07:44,320 - Di mana dia? - Dia tidur. Kenapa dia buat begitu? 67 00:07:44,400 --> 00:07:48,040 Ada banyak sebab. Walaupun sukar nak percaya. 68 00:07:48,560 --> 00:07:50,160 Kami dah periksa dia. 69 00:07:50,760 --> 00:07:51,960 Teliti macam saya? 70 00:07:53,720 --> 00:07:56,280 Berita baiknya, dia tahu benda yang dia cari 71 00:07:56,360 --> 00:07:57,800 tapi tak tahu tempatnya. 72 00:07:57,880 --> 00:08:01,800 Saya tahu lokasi kami semasa saya dengar isyarat itu. 73 00:08:01,880 --> 00:08:02,720 Hati-hati. 74 00:08:03,360 --> 00:08:04,200 Baiklah. 75 00:08:05,200 --> 00:08:06,120 Saya akan cari. 76 00:08:07,080 --> 00:08:08,000 Macam itulah. 77 00:08:25,400 --> 00:08:26,240 Charlie! 78 00:08:30,360 --> 00:08:31,200 Charlie. 79 00:08:33,640 --> 00:08:34,480 Tak guna! 80 00:08:36,360 --> 00:08:39,560 - Sudah berapa lama dia hilang? - Empat setengah jam. 81 00:08:39,640 --> 00:08:41,680 Awak rasa dia diculik? 82 00:08:41,760 --> 00:08:45,880 Entahlah. Tapi memang ramai orang ada niat buruk dengan kami sekarang. 83 00:08:45,960 --> 00:08:46,960 Betulkah? 84 00:08:50,160 --> 00:08:53,280 Jika dia lari, awak boleh agak ke mana? 85 00:08:53,360 --> 00:08:55,280 - Tidak. - Dia ada cakap apa-apa? 86 00:08:55,360 --> 00:08:57,400 - Tidak! - Awak bergaduh? 87 00:08:57,480 --> 00:08:59,480 Tidak. Kami jarang bergaduh… 88 00:08:59,560 --> 00:09:00,680 Kami jarang… 89 00:09:01,480 --> 00:09:03,360 Helo? Awak masih di sana? 90 00:09:03,880 --> 00:09:05,720 - Paula… - Maaf? 91 00:09:08,680 --> 00:09:11,280 Dia cakap dia telefon mak. 92 00:09:11,800 --> 00:09:14,120 - Apa? Dia bercakap dengan mak… - Teruk. 93 00:09:25,040 --> 00:09:27,400 Helo? 94 00:10:13,120 --> 00:10:13,960 Paula? 95 00:10:20,200 --> 00:10:21,040 Paula? 96 00:10:42,920 --> 00:10:43,760 Paula. 97 00:11:35,480 --> 00:11:36,960 "Jangan takut." 98 00:11:37,040 --> 00:11:38,480 YA, MAK DENGAR, SAYANG 99 00:11:38,560 --> 00:11:40,000 "Mak pun nak jumpa." 100 00:11:40,520 --> 00:11:41,360 "Mari." 101 00:11:44,240 --> 00:11:45,520 "Datang kepada mak!" 102 00:11:54,080 --> 00:11:56,960 REGNITZLOSAU AM KELLERPFAD 8 103 00:13:08,200 --> 00:13:10,200 Boleh awak ikut kami sebentar? 104 00:13:19,120 --> 00:13:20,120 Wah, hebat. 105 00:13:20,200 --> 00:13:23,240 Baru tiga minggu tapi awak nampak dah cukup cekap. 106 00:13:23,320 --> 00:13:26,680 - Saya dah mula biasa. - Macam mana dengan tugas awak? 107 00:13:26,760 --> 00:13:30,240 Masih belum berjaya, tapi kami sedang berusaha. 108 00:13:31,840 --> 00:13:33,640 Rakan awak itu sangat tekun. 109 00:13:33,720 --> 00:13:36,520 Semangat tinggi. Bekerja tanpa rehat. 110 00:13:52,280 --> 00:13:54,880 Apa awak cakap tentang saya semasa main Rubah dan Arnab? 111 00:13:56,160 --> 00:13:57,880 Awak sendiri pun tahu. 112 00:13:57,960 --> 00:13:59,440 Kenapa saya selalu kalah? 113 00:14:01,040 --> 00:14:05,560 Awak orang paling pandai yang saya kenal. Awak sentiasa pandai… 114 00:14:05,640 --> 00:14:07,440 Ya, tapi jarang bijak. 115 00:14:12,920 --> 00:14:15,080 Kalau arnab tak ada gigi, 116 00:14:15,160 --> 00:14:17,000 macam mana ia boleh menang? 117 00:14:18,360 --> 00:14:20,840 Dengan kekal satu langkah di depan musang. 118 00:14:25,880 --> 00:14:27,600 Kalau ada banyak musang? 119 00:14:28,560 --> 00:14:31,360 Hei, apa yang berlaku? Apa maksud awak? 120 00:14:34,400 --> 00:14:36,520 Tiada apa-apa. Ia cuma permainan. 121 00:14:37,040 --> 00:14:40,880 Saya cuma dapatkan nasihat daripada pakar. Itu saja. 122 00:14:40,960 --> 00:14:43,320 Paula, jika awak main dengan serius, 123 00:14:43,400 --> 00:14:45,880 awak pasti menang main Rubah dan Arnab. 124 00:14:45,960 --> 00:14:46,800 Takkan kalah. 125 00:14:46,880 --> 00:14:47,720 Okey. 126 00:14:52,920 --> 00:14:54,000 Saya sayang awak. 127 00:14:55,040 --> 00:14:56,040 Sayang awak juga. 128 00:15:15,120 --> 00:15:17,400 Empat hari lalu di beranda… 129 00:15:18,240 --> 00:15:19,800 Tujuh tahun saya berhenti. 130 00:15:19,880 --> 00:15:22,040 Keesokannya, saya beli satu pek. 131 00:15:23,440 --> 00:15:24,600 Lepaskan saya. 132 00:15:35,160 --> 00:15:38,000 Sekarang awak perlu beritahu cerita yang bagus. 133 00:15:39,080 --> 00:15:40,720 Kenapa pergi rumah Rainer? 134 00:15:42,160 --> 00:15:44,920 Anak saya hilang. Tolong lepaskan saya. 135 00:15:51,800 --> 00:15:52,640 Baiklah. 136 00:15:54,200 --> 00:15:57,240 Kita pergi ke balai polis. Mereka akan cari dia. 137 00:15:57,320 --> 00:16:00,720 Kita akan ada banyak masa untuk berbual. 138 00:16:00,800 --> 00:16:03,360 Tak perlu, bukankah awak… Awak tak dengar! 139 00:16:03,440 --> 00:16:06,520 - Mereka akan bantu. - Tiada siapa bantu! Tiada! 140 00:16:11,960 --> 00:16:13,680 Awak anggap awak mangsa. 141 00:16:16,600 --> 00:16:19,440 Awak tahu apa yang buat saya takjub selama ini? 142 00:16:20,680 --> 00:16:25,440 Tiada siapa yang saya jumpa selama ini anggap diri mereka orang jahat. 143 00:16:25,520 --> 00:16:27,000 Padahal mereka pembunuh. 144 00:16:28,880 --> 00:16:30,080 Padahal mereka pengganas. 145 00:16:31,040 --> 00:16:32,640 Orang lain saja yang jahat. 146 00:16:36,520 --> 00:16:39,920 Semasa awak soal saya di beranda selepas kejadian itu, 147 00:16:40,000 --> 00:16:43,400 itu baik atau jahat? 148 00:16:49,200 --> 00:16:52,600 Saya datang. Siasat kejadian yang berlaku. Saya balik. 149 00:16:53,800 --> 00:16:56,600 Baik dan jahat, undang-undang yang putuskan. 150 00:16:58,080 --> 00:17:00,200 Awak nak tahu apa yang berlaku? 151 00:17:01,960 --> 00:17:02,800 - Ya. - Ya? 152 00:17:03,440 --> 00:17:04,960 Okey, saya ada soalan. 153 00:17:06,920 --> 00:17:07,880 Di mana Rainer? 154 00:17:09,120 --> 00:17:11,560 Apa dalam rakaman sebelum saya tiba? 155 00:17:12,160 --> 00:17:14,920 Kenapa pendaratan tak disiar secara langsung? 156 00:17:15,400 --> 00:17:17,960 Apa isteri saya nak cakap sebelum hilang? 157 00:17:18,040 --> 00:17:20,520 Kenapa semua yang nak bersuara hilang? 158 00:17:24,920 --> 00:17:26,640 Awak nak cerita yang bagus? 159 00:17:28,320 --> 00:17:29,440 Itu dia. 160 00:17:30,600 --> 00:17:31,440 Apa dia? 161 00:17:31,520 --> 00:17:33,360 Awak takkan percaya pun. 162 00:17:34,560 --> 00:17:36,040 Awak perlu lihat sendiri. 163 00:17:38,400 --> 00:17:39,480 Di mana? 164 00:17:41,520 --> 00:17:42,400 Kereta saya. 165 00:18:19,800 --> 00:18:22,000 - Tak guna! - Apa yang berlaku? 166 00:18:22,080 --> 00:18:24,560 Tekanan hilang. Mungkin ada kebocoran. 167 00:18:24,640 --> 00:18:27,200 Ayuh! Cepat. Kita perlu keluar dan baikinya. 168 00:18:27,280 --> 00:18:30,120 Hadi, pergi ke bahagian Jepun. 169 00:18:30,200 --> 00:18:33,520 Kita perlu tutup sendat udara. Di mana Paula? 170 00:18:34,720 --> 00:18:35,600 Paula… 171 00:18:35,680 --> 00:18:37,280 AMARAN! OKSIGEN RENDAH 172 00:18:46,840 --> 00:18:48,160 Jahanam! 173 00:18:54,480 --> 00:19:00,000 KE NOD 3 174 00:19:01,080 --> 00:19:02,520 KE CUP 175 00:19:03,400 --> 00:19:04,440 Okey. 176 00:19:05,000 --> 00:19:06,720 Sentiasa selangkah di depan. 177 00:19:15,840 --> 00:19:17,200 Selangkah di depan. 178 00:19:31,240 --> 00:19:32,080 Helo? 179 00:19:37,960 --> 00:19:38,800 Helo? 180 00:19:39,320 --> 00:19:40,160 Helo. 181 00:19:42,400 --> 00:19:43,520 Itu pun awak. 182 00:19:44,560 --> 00:19:45,400 Helo? 183 00:19:56,720 --> 00:19:58,720 SULIT - UNTUK KEGUNAAN DALAMAN 184 00:19:58,800 --> 00:19:59,840 Buatlah. 185 00:20:01,440 --> 00:20:02,560 Langgar undang-undang. 186 00:20:05,320 --> 00:20:07,040 Tapi jangan menyesal. 187 00:20:44,000 --> 00:20:45,040 Wah! 188 00:20:47,400 --> 00:20:48,600 Ia semakin hampir. 189 00:20:50,920 --> 00:20:52,880 SULIT 190 00:20:55,480 --> 00:20:56,320 Ini maksudnya… 191 00:20:57,120 --> 00:20:57,960 Ia datang. 192 00:20:59,880 --> 00:21:01,600 Ada benda tuju ke arah kita. 193 00:21:06,680 --> 00:21:08,640 Patutlah mereka berahsia. 194 00:21:11,440 --> 00:21:12,360 Maaf. 195 00:21:13,480 --> 00:21:14,800 Untuk apa? 196 00:21:23,320 --> 00:21:24,400 Awak dah gila? 197 00:21:35,160 --> 00:21:36,000 Celaka! 198 00:21:36,760 --> 00:21:39,040 Hentikan kereta! Awak takkan terlepas! 199 00:21:41,400 --> 00:21:42,400 Hentikan kereta! 200 00:21:43,760 --> 00:21:45,760 Lihat, ia sangat jelas. 201 00:21:45,840 --> 00:21:48,000 Awak takkan lepaskan saya dan fail. 202 00:21:48,520 --> 00:21:51,680 Kemudian orang yang sama akan bunuh anak saya 203 00:21:51,760 --> 00:21:54,760 macam mereka bunuh Rainer dan isteri saya. 204 00:22:01,320 --> 00:22:03,320 Aduh, biar betul. Paula. 205 00:22:03,400 --> 00:22:04,280 Paula? 206 00:22:05,360 --> 00:22:07,840 Paula? Ini Jake. Awak sedar tak? 207 00:22:08,760 --> 00:22:10,480 - Awak dengar tak? - Paula! 208 00:22:12,800 --> 00:22:14,720 - Ambil tangki oksigen. - Baik. 209 00:22:14,800 --> 00:22:17,040 Dia boleh mati kalau lebih rendah. 210 00:22:17,120 --> 00:22:18,040 Maaf. 211 00:22:18,120 --> 00:22:19,960 Saya pakai fon telinga. 212 00:22:20,040 --> 00:22:22,560 - Tak apa. - Saya terlewat dengar penggera. 213 00:22:22,640 --> 00:22:25,560 - Maaf. - Jom. Kita perlu dapatkan oksigen. 214 00:22:26,400 --> 00:22:30,440 Maaf. 215 00:23:01,080 --> 00:23:02,120 Beri telefon. 216 00:23:06,480 --> 00:23:09,000 Semua orang akan cari awak sekarang. 217 00:23:11,200 --> 00:23:12,440 Fail itu? 218 00:23:13,320 --> 00:23:16,000 Itu bukti. Tiada siapa percaya tanpanya. 219 00:23:19,560 --> 00:23:21,120 Tiada siapa akan percaya. 220 00:23:25,200 --> 00:23:28,320 Kalau nak tahu kebenaran tentang pesawat itu… 221 00:23:28,840 --> 00:23:30,320 bantu saya. 222 00:23:30,400 --> 00:23:34,000 Rainer ada cakap dengan pihak berkuasa penerbangan Santiago. 223 00:23:35,160 --> 00:23:38,000 Dia tulis ini. Saya tak tahu maksudnya. 224 00:23:42,760 --> 00:23:43,680 Rokok awak ada? 225 00:23:47,320 --> 00:23:48,240 Mestilah ada. 226 00:23:58,320 --> 00:24:00,440 Mungkin awak boleh mulakan dulu. 227 00:24:01,560 --> 00:24:02,520 Terserahlah. 228 00:24:05,600 --> 00:24:06,760 Hati-hati juga. 229 00:24:07,920 --> 00:24:10,000 Kita berdua sedang diburu sekarang. 230 00:24:38,520 --> 00:24:41,040 - Bila dia akan tiba? - Susah nak cakap. 231 00:24:41,120 --> 00:24:43,040 Ia sedang bergerak. Kami juga. 232 00:24:43,680 --> 00:24:46,800 Perlu lebih maklumat untuk kira jika ia jatuh ke Bumi. 233 00:24:46,880 --> 00:24:48,720 Serta masa dan tempatnya. 234 00:24:48,800 --> 00:24:52,320 Jadi berapa lama? Bertahun-tahun? Berbulan-bulan? 235 00:24:53,040 --> 00:24:55,720 Tidak. Saya rasa berminggu-minggu. 236 00:24:58,080 --> 00:24:59,520 Tiada siapa boleh tahu. 237 00:25:00,720 --> 00:25:02,560 - Apa? - Kita masih belum sedia. 238 00:25:02,640 --> 00:25:05,320 Lihatlah kita. Awak rasa dunia dah bersedia? 239 00:25:05,400 --> 00:25:10,040 Kita asyik berbalah. Ada benda nak datang, Paula. 240 00:25:10,120 --> 00:25:13,080 Ia akan merombak semua kepercayaan kita. 241 00:25:13,160 --> 00:25:15,800 Mereka akan berbincang dan bertengkar. 242 00:25:15,880 --> 00:25:17,200 Akan binasakannya. 243 00:25:17,280 --> 00:25:20,760 Selidik sebanyak yang boleh. Balik dengan selamat. 244 00:25:20,840 --> 00:25:24,640 Jangan bercakap dengan sesiapa. Mereka mungkin curi dengar kita. 245 00:25:26,440 --> 00:25:27,760 Ini sulit. 246 00:25:28,440 --> 00:25:29,880 Itu yang Hadi cakap. 247 00:25:29,960 --> 00:25:31,240 Ironik pula, bukan? 248 00:25:32,000 --> 00:25:33,320 - Paula? - Ya? 249 00:25:33,840 --> 00:25:36,240 Saya tiada dengan awak. Tak boleh bantu. 250 00:25:36,320 --> 00:25:38,000 Jangan percaya sesiapa. 251 00:25:39,040 --> 00:25:39,880 Sesiapa pun. 252 00:26:21,320 --> 00:26:22,320 Tak guna. 253 00:27:21,880 --> 00:27:23,040 Jangan bergerak. 254 00:27:25,160 --> 00:27:28,560 Saya cakap betul. Jangan bergerak langsung. 255 00:27:34,400 --> 00:27:37,240 Sekarang angkat kaki awak dengan berhati-hati. 256 00:27:40,280 --> 00:27:41,440 Hati-hati. 257 00:27:43,720 --> 00:27:44,560 Saya dapat. 258 00:27:45,240 --> 00:27:47,520 Sekarang ambil tong di sana. 259 00:27:47,600 --> 00:27:48,800 Itu… 260 00:27:49,320 --> 00:27:50,680 Tong itu! 261 00:27:54,240 --> 00:27:55,080 Tak guna. 262 00:28:04,440 --> 00:28:05,280 Dan… 263 00:28:08,400 --> 00:28:09,240 Lega. 264 00:28:09,760 --> 00:28:11,160 Nyaris-nyaris lagi. 265 00:28:11,240 --> 00:28:13,000 Saya dah agak terlepas satu. 266 00:28:15,280 --> 00:28:17,840 Benda itu boleh buat saya bersepai? 267 00:28:17,920 --> 00:28:20,080 Tidak. Mungkin hilang kaki saja. 268 00:28:20,160 --> 00:28:22,320 Kenapa awak tak masuk dari depan? 269 00:28:22,840 --> 00:28:25,240 Bagaimana… Dari mana awak… 270 00:28:25,320 --> 00:28:28,400 Itu periuk api dari sana, daripada sempadan maut, 271 00:28:28,480 --> 00:28:29,680 sebelum dikosongkan. 272 00:28:30,200 --> 00:28:32,280 Dua rusa dah mati kerananya. 273 00:28:33,120 --> 00:28:36,000 Saya dah boleh lepaskan anjing. Terima kasihlah. 274 00:28:36,080 --> 00:28:40,560 - Awak dah gilakah? - Tiada siapa perlu masuk ke tanah saya. 275 00:28:40,640 --> 00:28:43,440 Ini tanah persendirian saya. Mana kereta awak? 276 00:28:44,920 --> 00:28:45,800 Kenapa? 277 00:28:52,360 --> 00:28:56,120 - Boleh saya jumpa anak saya sekarang? - Ya, sekejap. 278 00:28:57,720 --> 00:28:58,760 Dapat pun! 279 00:29:06,080 --> 00:29:07,520 Saya dah agak. 280 00:29:12,960 --> 00:29:14,040 Okey, merpatiku. 281 00:29:14,120 --> 00:29:17,400 Kita biar mereka pergi misi. 282 00:29:18,160 --> 00:29:19,440 Sekarang, terbang. 283 00:29:23,000 --> 00:29:24,560 Mereka takkan ganggu kita. 284 00:29:26,000 --> 00:29:27,200 Di mana anak saya? 285 00:29:27,280 --> 00:29:30,960 Saya cuma boleh kata… Mujur awak datang akhirnya. 286 00:29:34,440 --> 00:29:36,800 Dia tak makan apa-apa, tidur pun tidak. 287 00:29:36,880 --> 00:29:40,240 Dia asyik menangis. Saya tak tahu benda dia nak cakap. 288 00:29:40,320 --> 00:29:41,880 Saya tak faham langsung. 289 00:29:42,400 --> 00:29:45,120 Saya terkejut. Saya ingat awak dengan dia. 290 00:29:45,200 --> 00:29:47,120 Macam mana Charlie ke sini? 291 00:29:47,200 --> 00:29:49,360 - Dia ingat saya isteri awak. - Awak? 292 00:29:49,880 --> 00:29:52,480 Saya cuma ada rakaman suara saja. 293 00:29:52,560 --> 00:29:54,080 Selebihnya saya bisik. 294 00:29:54,160 --> 00:29:57,720 - Barulah misteri. - Awak ada rakaman suara isteri saya? 295 00:29:58,240 --> 00:30:00,480 Saya akan jelaskan nanti. Charlie! 296 00:30:06,400 --> 00:30:07,760 Charlie! 297 00:30:29,040 --> 00:30:30,360 - Anke? - Ya? 298 00:30:32,920 --> 00:30:33,960 Berhenti. 299 00:30:34,040 --> 00:30:35,840 Undur balik. 300 00:30:41,760 --> 00:30:44,520 Apa yang berlaku? Rakaman berhenti? 301 00:30:46,000 --> 00:30:47,560 Tak, ini masih merakam. 302 00:30:49,440 --> 00:30:50,720 Tapi gelap saja. 303 00:30:50,800 --> 00:30:52,840 Okey. Ini dah semakin gila. 304 00:30:53,640 --> 00:30:55,320 Awak tak bawa Groth ke sini? 305 00:30:58,200 --> 00:30:59,040 Ya. 306 00:31:00,200 --> 00:31:01,800 Terlambat. Dia sudah tiada. 307 00:31:01,880 --> 00:31:04,160 Awak tak tahu? Anak dia hilang. 308 00:31:04,760 --> 00:31:06,240 Itu ambil masa empat jam? 309 00:31:07,600 --> 00:31:08,440 Ya. 310 00:31:10,480 --> 00:31:12,280 Sebab setengah jam lepas 311 00:31:12,360 --> 00:31:16,200 ada orang minta rakaman keselamatan dari lokar bukti. 312 00:31:17,000 --> 00:31:17,840 Yakah? 313 00:31:28,000 --> 00:31:29,800 - Dah jumpa. - Jumpa apa? 314 00:31:29,880 --> 00:31:31,040 Kotak hitam. 315 00:31:37,480 --> 00:31:38,960 Minta maaf, ayah. 316 00:31:39,040 --> 00:31:40,960 Tak, ayah yang patut minta maaf. 317 00:31:42,600 --> 00:31:45,360 Mak tak ada di sini. 318 00:31:47,280 --> 00:31:52,160 Mak betul-betul dah tak ada, ya? 319 00:31:53,040 --> 00:31:53,880 Ya. 320 00:31:56,600 --> 00:31:58,480 Tapi ayah masih ada di sini. 321 00:32:09,600 --> 00:32:13,840 Ayah ada dengan saya semasa perlawanan penting saya. 322 00:32:15,280 --> 00:32:19,240 Semasa tangan saya patah. 323 00:32:19,320 --> 00:32:20,320 Ya. 324 00:32:20,840 --> 00:32:22,800 Mana mak? 325 00:32:28,800 --> 00:32:31,040 Mak memang dah lama tak ada. 326 00:32:31,120 --> 00:32:33,320 Tak, Charlie, jangan cakap begitu. 327 00:32:33,400 --> 00:32:36,360 Mak cuma ada kerja yang sangat penting. 328 00:32:37,840 --> 00:32:39,200 Malah ayah rasa 329 00:32:39,280 --> 00:32:45,280 mak masih ada bersama kita sekarang. 330 00:32:49,520 --> 00:32:52,160 Mari! Datang cepat! Awak mesti dengar! 331 00:32:55,520 --> 00:32:58,960 - Keluar! Tak boleh guna interkom. - Ada letupan. 332 00:32:59,040 --> 00:33:00,880 Tak apa, kami tak buat apa-apa. 333 00:33:00,960 --> 00:33:03,360 - Kami perlu interkom. - Sven, dengar. 334 00:33:03,440 --> 00:33:05,200 Oksigen seratus peratus. 335 00:33:05,280 --> 00:33:07,760 Awak dengar cakap saya betul-betul. 336 00:33:07,840 --> 00:33:10,320 Yang penting, dengar cakap Carlotta. 337 00:33:11,040 --> 00:33:14,680 Awak tak boleh buat seorang. Awak saling memerlukan. 338 00:33:15,440 --> 00:33:16,880 Saya perlu awak berdua. 339 00:33:17,640 --> 00:33:18,840 Ingat tak saya cakap 340 00:33:20,680 --> 00:33:22,960 ada benda lebih besar daripada kita? 341 00:33:23,560 --> 00:33:24,560 Maaf. 342 00:33:25,360 --> 00:33:26,480 Saya sayang awak. 343 00:33:29,400 --> 00:33:32,080 Biar betul? Bagaimana media boleh dapat dulu? 344 00:33:32,600 --> 00:33:34,080 Inilah dunia akhir zaman. 345 00:33:34,600 --> 00:33:37,080 Dengar macam dia sendiri pun terkejut. 346 00:33:39,440 --> 00:33:40,480 Ikut saya. 347 00:33:41,840 --> 00:33:43,080 Apa maksudnya? 348 00:33:43,920 --> 00:33:47,400 Ayah rasa sekarang mereka takkan tuduh kita pengganas lagi. 349 00:33:47,480 --> 00:33:48,320 Kenapa pula? 350 00:33:48,840 --> 00:33:50,680 Kecelakaan itu bukan salah mak. 351 00:33:53,080 --> 00:33:56,240 Saya tak faham. Apa mak cakap tadi? 352 00:33:58,080 --> 00:33:58,920 Ayah… 353 00:33:59,520 --> 00:34:01,840 Ayah rasa dia hantar mesej kepada kita. 354 00:34:03,200 --> 00:34:05,040 Dia nak sesuatu daripada kita. 355 00:34:05,120 --> 00:34:07,080 Apa? Apa yang mak mahu? 356 00:34:07,160 --> 00:34:09,640 Ayah tak tahu, Charlie. Ayah pun tak faham. 357 00:34:15,120 --> 00:34:16,800 Mak jumpa sesuatu di sana. 358 00:34:17,320 --> 00:34:18,640 Mak jumpa apa? 359 00:34:19,280 --> 00:34:20,320 Begini… 360 00:34:24,400 --> 00:34:25,240 Helo? 361 00:34:28,960 --> 00:34:29,960 Helo? 362 00:34:34,040 --> 00:34:34,880 Helo? 363 00:34:37,480 --> 00:34:38,440 Dia jumpa itu. 364 00:34:41,360 --> 00:34:42,360 Mana awak dapat? 365 00:34:55,880 --> 00:34:59,000 Kali pertama kami dengar itu dua tahun lalu. 366 00:35:01,200 --> 00:35:04,800 Kami guna saluran radio Rusia yang lama sebab kami… 367 00:35:06,320 --> 00:35:09,160 Kami cuma kumpulan kecil 368 00:35:09,240 --> 00:35:12,160 yang nekad mahu menolak negara haram ini. 369 00:35:14,840 --> 00:35:18,320 Jadi kami nak pastikan tiada siapa curi dengar pelan kami. 370 00:35:18,400 --> 00:35:23,600 Kami jadi panik semasa tiba-tiba ada orang bercakap dalam saluran kami. 371 00:35:24,480 --> 00:35:28,360 Yang lain terus tukar ke saluran yang lebih selamat. 372 00:35:28,960 --> 00:35:29,840 Saya terfikir… 373 00:35:31,640 --> 00:35:33,360 Apa budak ini buat di sini? 374 00:35:34,680 --> 00:35:36,000 Tapi ia bukan budak. 375 00:35:36,760 --> 00:35:39,720 Mesejnya sentiasa sama. 376 00:35:39,800 --> 00:35:41,880 Setiap 13 hari selama beberapa jam. 377 00:35:42,760 --> 00:35:44,600 Suaranya pula semakin jelas. 378 00:35:46,240 --> 00:35:49,160 Dalam tiga bulan lalu, saya dengar benda lain. 379 00:35:49,240 --> 00:35:53,120 Setiap petang, seorang mak dan seorang anak. 380 00:35:53,200 --> 00:35:56,760 Kemudian, saya sedar yang maknya berada di ISS. 381 00:35:56,840 --> 00:35:59,440 Saya tahu dia dengar isyarat itu juga. 382 00:35:59,520 --> 00:36:01,560 Jadi saya fikir itu peluang saya. 383 00:36:02,120 --> 00:36:04,560 Mungkin dia tahu asal usul suara itu. 384 00:36:05,080 --> 00:36:08,040 Tapi saya tak boleh tanya. Orang lain boleh dengar. 385 00:36:08,640 --> 00:36:10,120 Saya tak cakap apa-apa. 386 00:36:10,200 --> 00:36:12,960 Benda macam ini perlu cakap depan-depan. 387 00:36:13,040 --> 00:36:14,840 Saya dah ada pengalamannya. 388 00:36:15,920 --> 00:36:18,360 Saya tahu dia dah jumpa sesuatu. 389 00:36:19,840 --> 00:36:22,360 Dia ada di sana. Setiap 13 hari. 390 00:36:22,960 --> 00:36:23,920 Tapi apa? 391 00:36:25,400 --> 00:36:26,880 Apa yang dia jumpa? 392 00:36:34,840 --> 00:36:35,880 SULIT 393 00:36:45,000 --> 00:36:46,000 Saya dah agak. 394 00:36:46,680 --> 00:36:48,440 - Mereka datang. - Siapa? 395 00:36:48,520 --> 00:36:50,680 - Makhluk asing. - Kita tak pasti. 396 00:36:50,760 --> 00:36:54,000 - Benda yang tiru bahasa… - Cakap makhluk asing saja. 397 00:36:54,600 --> 00:36:58,000 Ia datang dari luar sana. Siapa lagi? 398 00:36:58,080 --> 00:37:02,080 Takkan Peter yang pergi bulan? Takkan Laika yang keluar jalan-jalan? 399 00:37:02,160 --> 00:37:03,320 Anjing tak hidup lama. 400 00:37:03,400 --> 00:37:06,960 Gurau sajalah. Mestilah itu makhluk asing. 401 00:37:09,280 --> 00:37:10,120 Makhluk asing? 402 00:37:17,800 --> 00:37:20,600 Kemas barang, komputer riba. Kita ke rumah saya. 403 00:37:21,080 --> 00:37:22,680 - Okey. - Matikan telefon. 404 00:37:23,720 --> 00:37:24,560 Kenapa? 405 00:37:25,280 --> 00:37:26,120 Sebab… 406 00:37:27,760 --> 00:37:29,880 Lupakan saja. Saya semakin paranoid. 407 00:37:38,200 --> 00:37:39,440 Awak baca apa? 408 00:37:40,680 --> 00:37:42,240 Saya cari makhluk asing. 409 00:37:43,160 --> 00:37:45,720 Itu terjadi semasa zaman saya dulu. 410 00:37:45,800 --> 00:37:48,280 Semasa Perang Dingin. Darurat bom atom. 411 00:37:48,360 --> 00:37:50,800 Dia suka. Selalu buat budak lain takut. 412 00:37:52,920 --> 00:37:55,600 Awak tahu sempadan itu melalui sini? 413 00:37:55,680 --> 00:37:56,520 Yakah? 414 00:37:56,600 --> 00:37:58,640 Ya. Kira-kira 100 meter dari sini. 415 00:37:59,160 --> 00:38:03,480 Ia seperti sebuah pulau kecil, dikelilingi dawai berduri. 416 00:38:04,280 --> 00:38:08,640 Hanya boleh lalu di satu tempat. Nak keluar beli barang pun perlu izin. 417 00:38:09,120 --> 00:38:12,680 Ada dawai berduri di belah kami dan misil di belah awak. 418 00:38:12,760 --> 00:38:15,880 Tapi seluruh umat manusia menghantar mesej yang sama. 419 00:38:16,480 --> 00:38:17,320 Bersama-sama. 420 00:38:18,080 --> 00:38:19,040 "Bersama-sama?" 421 00:38:20,120 --> 00:38:21,200 Awak cakap begitu? 422 00:38:28,240 --> 00:38:29,480 Rupa mereka begini? 423 00:38:35,720 --> 00:38:39,800 Orang cuma reka-reka cerita. Sebab itu mereka nampak macam manusia. 424 00:38:40,360 --> 00:38:41,240 Ya, tapi 425 00:38:43,120 --> 00:38:44,640 mereka nampak jahat. 426 00:38:44,720 --> 00:38:45,960 Ya, macam ayah cakap. 427 00:38:47,000 --> 00:38:48,400 Orang reka-reka cerita. 428 00:38:52,600 --> 00:38:55,920 Kenapa mak nak cari makhluk asing yang mungkin jahat? 429 00:39:00,400 --> 00:39:02,760 Kamu pun kenal mak kamu itu. 430 00:39:03,600 --> 00:39:05,280 Dia bersangka baik dulu. 431 00:39:10,920 --> 00:39:11,760 Baiklah. 432 00:39:12,760 --> 00:39:15,120 Masa untuk tidur. Berehatlah. 433 00:39:18,040 --> 00:39:19,080 Ayah? 434 00:39:20,800 --> 00:39:22,640 Kalau ada makhluk berniat jahat 435 00:39:23,480 --> 00:39:26,680 dan ada teknologi canggih hingga mereka sampai ke sini… 436 00:39:28,120 --> 00:39:29,120 Ya? 437 00:39:30,040 --> 00:39:33,680 Buat apa nak umumkan ketibaan mereka? Itu agak tak bijak. 438 00:39:37,600 --> 00:39:40,080 Betul juga. Itu tak bijak. 439 00:39:40,880 --> 00:39:43,120 Tengok? Jadi pemikiran mak yang betul. 440 00:40:03,880 --> 00:40:06,560 Okey, Rainer hubungi Santiago. 441 00:40:07,280 --> 00:40:08,480 Kemudian dia hilang. 442 00:40:09,880 --> 00:40:11,240 Apa yang dia nak tahu? 443 00:40:11,800 --> 00:40:14,960 Ini nombor pihak berkuasa penerbangan. 444 00:40:15,040 --> 00:40:17,600 Ini nombor lapangan terbang Santiago. 445 00:40:17,680 --> 00:40:19,600 Ini cuma masa berlepas. 446 00:40:20,760 --> 00:40:22,200 Tak pelik pun. 447 00:40:24,160 --> 00:40:27,760 Boleh kita dapatkan data penerbangan tanpa orang pejabat tahu? 448 00:40:27,840 --> 00:40:30,920 Senarai penumpang, kru penerbangan dan lain-lain? 449 00:40:31,000 --> 00:40:32,080 Ya, rasanya boleh. 450 00:40:32,840 --> 00:40:36,280 Tapi rakan sekerja kita dah periksa semua itu. 451 00:40:51,960 --> 00:40:55,720 Saya lebih suka zaman dulu. Sekurang-kurangnya kita kenal musuh. 452 00:40:55,800 --> 00:40:59,920 Eloklah. Sekarang pun dah rasa macam kembali ke zaman dulu. 453 00:41:00,000 --> 00:41:02,320 Ya, cuma lebih rumit. 454 00:41:03,840 --> 00:41:06,920 Macam kita disumpah untuk ulangi kesilapan yang sama. 455 00:41:07,440 --> 00:41:08,960 Berulang-ulang kali. 456 00:41:11,920 --> 00:41:15,800 Saya selalu suruh pelajar saya bayangkan sejarah 457 00:41:15,880 --> 00:41:17,560 macam garis condong ke atas. 458 00:41:19,240 --> 00:41:20,160 Tapi 459 00:41:21,240 --> 00:41:22,680 itu satu penipuan. 460 00:41:23,760 --> 00:41:25,040 Sejarah satu bulatan. 461 00:41:26,200 --> 00:41:28,920 Seseorang patut bebaskan kita daripada sejarah. 462 00:41:30,240 --> 00:41:35,280 Sekali lagi. 171 penumpang. Tiga orang kurang upaya. 463 00:41:35,800 --> 00:41:36,640 Seorang tiada. 464 00:41:37,920 --> 00:41:39,760 Empat belas vegetarian. Henti. 465 00:41:39,840 --> 00:41:41,680 Tiga keluarga ada anak kecil. 466 00:41:41,760 --> 00:41:45,480 Ada 36 orang dalam kelas bisnes. Separuh penuh. Tiada kelas pertama. 467 00:41:46,480 --> 00:41:48,000 Apa yang kita tertinggal? 468 00:41:48,520 --> 00:41:50,200 Ya. Ya, saya masih di sini. 469 00:41:52,880 --> 00:41:55,120 Okey. Terima kasih. Selamat tinggal. 470 00:41:57,400 --> 00:41:59,480 Betul. Macam yang dia tulis. 471 00:41:59,560 --> 00:42:01,960 Penerbangan berlepas tepat pada masanya. 472 00:42:02,040 --> 00:42:04,480 - Pihak berkuasa penerbangan cakap. - Ya. 473 00:42:05,080 --> 00:42:06,280 Lapangan terbang? 474 00:42:06,360 --> 00:42:09,280 Mereka cakap penerbangan lewat 24 minit. 475 00:42:10,960 --> 00:42:12,560 Dalam semua dokumen juga. 476 00:42:14,560 --> 00:42:16,400 Kenapa ada orang palsukannya? 477 00:42:17,880 --> 00:42:19,920 Ya. Tepat sekali. 478 00:42:21,240 --> 00:42:22,080 Kenapa? 479 00:42:24,560 --> 00:42:26,280 Saya bodoh. Saya tak faham. 480 00:42:26,360 --> 00:42:28,640 Kenapa dia tak cakap apa yang berlaku? 481 00:42:29,160 --> 00:42:32,680 - Soalan apa itu? - Awak dengar cakap saya betul-betul. 482 00:42:32,760 --> 00:42:34,120 Yang penting, dengar… 483 00:42:34,200 --> 00:42:35,040 Maksud awak… 484 00:42:36,520 --> 00:42:40,560 Kalau dia cakap tentang itu, mereka takkan sebarkan rakaman ini. 485 00:42:40,640 --> 00:42:41,720 Saya perlu awak… 486 00:42:41,800 --> 00:42:42,800 Tepat sekali. 487 00:42:42,880 --> 00:42:44,080 Ingat tak saya cakap 488 00:42:45,960 --> 00:42:48,200 ada benda lebih besar daripada kita? 489 00:42:48,960 --> 00:42:50,960 Dia nak kita beritahu semua orang. 490 00:42:51,720 --> 00:42:52,560 Ya. 491 00:42:53,880 --> 00:42:57,600 Dia nak semua orang tahu supaya mereka tak boleh berselindung. 492 00:42:57,680 --> 00:42:58,760 Dia… 493 00:42:58,840 --> 00:42:59,680 Apa dia? 494 00:43:21,720 --> 00:43:22,880 Ambil anak awak. 495 00:43:25,280 --> 00:43:26,120 Charlie. 496 00:43:26,200 --> 00:43:27,640 Charlie! 497 00:43:30,480 --> 00:43:31,480 Cepat! 498 00:43:51,560 --> 00:43:52,880 Tunggu apa lagi? Mari! 499 00:43:53,920 --> 00:43:54,800 Apa itu? 500 00:43:54,880 --> 00:43:57,560 Itu bunker saya. Saya bukan orang biasa. 501 00:43:57,640 --> 00:43:58,800 Mereka tersilap. 502 00:44:00,720 --> 00:44:04,240 - Awak ada bilik panik? - Ya, dan bekalan untuk dua tahun. 503 00:44:04,320 --> 00:44:07,520 Kita boleh bertahan sehingga ketibaan itu. Masuk! 504 00:44:07,600 --> 00:44:11,560 - Bagaimana dengan mesej Paula? - Kita fikir nanti bila dah selamat. 505 00:44:11,640 --> 00:44:15,720 Jika mereka tangkap awak, habislah. Tiada siapa akan tahu. 506 00:44:16,280 --> 00:44:19,040 Ada radio atau hubungan dengan dunia luar? 507 00:44:19,680 --> 00:44:20,600 Belum ada lagi. 508 00:44:25,960 --> 00:44:27,120 Apa mak akan cakap? 509 00:44:30,080 --> 00:44:30,920 Semuanya okey. 510 00:44:32,160 --> 00:44:33,000 Okey. 511 00:44:37,120 --> 00:44:39,280 Kami akan cuba nasib. 512 00:44:39,360 --> 00:44:40,480 Bodoh! 513 00:44:59,960 --> 00:45:01,040 Landak Dua… 514 00:45:05,360 --> 00:45:06,360 Tamat. 515 00:45:06,440 --> 00:45:08,440 Landak Dua. Saya nampak mereka. 516 00:45:11,200 --> 00:45:14,160 Landak Dua, Kilo sini. Mereka lari ke dalam hutan. 517 00:45:14,240 --> 00:45:15,080 Aduh! 518 00:45:15,160 --> 00:45:18,520 - Hati-hati. Kamu okey? - …kepada Landak Dua. Baik. Tamat. 519 00:45:20,520 --> 00:45:21,600 Landak Dua… 520 00:45:27,640 --> 00:45:29,240 Landak Dua… Mara ke depan… 521 00:45:35,480 --> 00:45:37,160 - Tak guna! - Tiada isyarat? 522 00:45:37,240 --> 00:45:38,440 Landak Dua, baik. 523 00:45:38,520 --> 00:45:39,680 - Ayah! - Ayuh! 524 00:45:55,960 --> 00:45:57,200 Siapa pula ini? 525 00:46:00,880 --> 00:46:05,040 Kami berbesar hati menerima awak di sini. Minum! 526 00:46:05,120 --> 00:46:06,440 - Minum! - Minum. 527 00:46:06,520 --> 00:46:09,600 - Terima kasih. - Terima kasih kepada penaja awak. 528 00:46:09,680 --> 00:46:10,680 Ya, terima kasih. 529 00:46:11,360 --> 00:46:12,240 Kami berdua. 530 00:46:12,320 --> 00:46:14,000 Berbaloikah pelaburan itu? 531 00:46:14,560 --> 00:46:16,400 Awak jumpa benda yang dicari? 532 00:46:18,880 --> 00:46:23,960 Kadang-kadang dalam sains, kita jumpa benda yang kita tak cari juga. 533 00:46:24,040 --> 00:46:26,520 Awak memang orang Jerman. 534 00:46:26,600 --> 00:46:31,640 Penuh falsafah, penuh puitis. Tapi agak memuramkan. 535 00:46:33,120 --> 00:46:33,960 Minum! 536 00:46:34,520 --> 00:46:35,480 Minum. 537 00:46:35,560 --> 00:46:36,400 Minum. 538 00:46:44,880 --> 00:46:46,520 - Kita berjaya. - Ya. 539 00:46:46,600 --> 00:46:48,000 Tiada siapa sedar. 540 00:46:49,080 --> 00:46:49,920 Tidak. 541 00:46:52,560 --> 00:46:54,200 Awak ada alaminya lagi? 542 00:46:54,960 --> 00:46:55,800 Kadang-kadang. 543 00:46:57,240 --> 00:46:59,440 Saya tak mudah terkejut lagi. 544 00:47:00,040 --> 00:47:00,880 Bagus. 545 00:47:02,440 --> 00:47:03,880 Saya bangga dengan awak. 546 00:47:10,760 --> 00:47:12,520 Saya tahu apa awak buat. 547 00:47:14,200 --> 00:47:15,560 Tapi awak takkan jumpa. 548 00:47:16,200 --> 00:47:20,000 Bukan dengan pendekatan sistematik atau program carian digital. 549 00:47:20,600 --> 00:47:22,200 Sebab awak tak dengar. 550 00:47:28,520 --> 00:47:30,160 Hei, itu pasukan kita! 551 00:47:31,880 --> 00:47:35,160 - Ayuh! Parti di sini! - Jom, mari berparti! 552 00:47:35,240 --> 00:47:38,840 Bila ia hantar isyarat seterusnya, ia dah pun sampai. 553 00:47:41,040 --> 00:47:41,960 Sudah berakhir. 554 00:48:00,400 --> 00:48:01,240 Saya dapat. 555 00:48:06,520 --> 00:48:09,680 Semua penumpang bawa bagasi, atau ada bawa di tangan? 556 00:48:10,840 --> 00:48:11,680 Apa? 557 00:48:15,080 --> 00:48:18,160 Ada tak penumpang yang cuma bawa beg tangan? 558 00:48:19,200 --> 00:48:22,080 Tidak. Ia rentas Atlantik. Semua bawa bagasi. 559 00:48:22,160 --> 00:48:23,800 Pelik kalau tak ada. 560 00:48:24,880 --> 00:48:25,920 Itu dia! 561 00:48:26,000 --> 00:48:27,120 Apa pula sekarang? 562 00:48:31,480 --> 00:48:32,640 Tak datang. 563 00:48:33,400 --> 00:48:34,680 Ada yang tak datang. 564 00:48:34,760 --> 00:48:38,680 Ya, ada orang daftar masuk tapi tak datang. Itu selalu berlaku. 565 00:48:38,760 --> 00:48:40,800 Tak datang itu bukan masalahnya. 566 00:48:41,480 --> 00:48:42,320 Apa? 567 00:48:43,920 --> 00:48:45,400 Awak pernah ke Mallorca? 568 00:48:46,320 --> 00:48:49,520 Ya. Awak tahu apa jadi jika seseorang tak naik pesawat? 569 00:48:50,320 --> 00:48:52,320 - Tidak. - Beg perlu dikeluarkan. 570 00:48:52,400 --> 00:48:54,960 - Awak tahu berapa lama? - Sangat lama? 571 00:48:55,040 --> 00:48:55,880 Sangat lama. 572 00:48:56,760 --> 00:48:58,520 Sekurang-kurangnya 24 minit. 573 00:49:00,120 --> 00:49:02,960 Tapi penerbangan itu bertolak tepat pada masanya. 574 00:49:04,720 --> 00:49:05,800 Maksudnya? 575 00:49:06,560 --> 00:49:08,440 Mereka tak keluarkan beg. 576 00:49:09,400 --> 00:49:10,280 Tepat sekali. 577 00:49:11,040 --> 00:49:12,160 Siapa tak datang? 578 00:49:19,080 --> 00:49:21,400 Alamak. Alamak! 579 00:49:22,320 --> 00:49:24,000 Kita ada nombor Groth? 580 00:49:24,600 --> 00:49:27,480 Beri dia amaran! Saya takut sesuatu akan berlaku. 581 00:49:34,120 --> 00:49:35,120 Biar mereka lalu. 582 00:50:10,400 --> 00:50:11,320 Ini tempat apa? 583 00:50:13,320 --> 00:50:15,240 Benda itu masih terbakar. 584 00:50:15,320 --> 00:50:18,040 - Awak akan dapat telefon awak nanti. - Bila? 585 00:50:18,760 --> 00:50:19,840 Arah sini. 586 00:50:21,360 --> 00:50:23,880 Tak dapat. Tiada isyarat atau telefon mati. 587 00:50:23,960 --> 00:50:24,920 Cuba lagi. 588 00:50:29,760 --> 00:50:30,880 Masih tak dapat. 589 00:50:32,480 --> 00:50:33,920 Mesej dia. Beri amaran. 590 00:50:35,840 --> 00:50:36,680 Tak guna! 591 00:50:36,760 --> 00:50:38,320 Apa yang awak takutkan? 592 00:50:39,080 --> 00:50:42,680 Tanya Rainer Beu apa jadi apabila dia telefon nombor itu? 593 00:50:42,760 --> 00:50:44,680 Nombor yang kita telefon tadi? 594 00:50:47,800 --> 00:50:49,280 - "Sedang diburu." - Apa? 595 00:51:11,400 --> 00:51:12,240 Masuk. 596 00:51:31,720 --> 00:51:32,640 Rainer! 597 00:51:37,760 --> 00:51:38,600 Awak. 598 00:51:39,800 --> 00:51:40,920 Mereka dapat awak. 599 00:52:07,120 --> 00:52:07,960 Paula. 600 00:52:12,200 --> 00:52:14,680 Awak ada koordinat tempat ia akan mendarat? 601 00:52:17,600 --> 00:52:18,440 Ya. 602 00:52:19,160 --> 00:52:20,000 Di mana? 603 00:52:21,480 --> 00:52:22,320 Sini. 604 00:52:23,240 --> 00:52:24,280 Sini saja. 605 00:52:32,920 --> 00:52:35,160 Apa awak buat? Hadi! 606 00:52:39,840 --> 00:52:41,880 Apa awak buat? Buka! 607 00:52:47,800 --> 00:52:50,880 Kita di atas Atlantik. Di zon mati. 608 00:52:50,960 --> 00:52:52,080 Tiada kawalan misi. 609 00:52:52,520 --> 00:52:53,360 Tiada siapa. 610 00:52:53,440 --> 00:52:55,280 Penggera mati. Yang lain tidur. 611 00:52:55,360 --> 00:52:57,040 Hanya kita berdua di sini. 612 00:52:58,760 --> 00:52:59,600 Paula. 613 00:53:00,560 --> 00:53:02,000 Beri koordinat itu. 614 00:53:05,280 --> 00:53:06,280 Pergi jahanam. 615 00:53:08,480 --> 00:53:12,080 Kalau awak tak beri kepada saya, sia-sia saja semuanya. 616 00:53:13,720 --> 00:53:14,720 Tolonglah, Paula! 617 00:53:14,800 --> 00:53:16,400 Sia-sia untuk siapa, Hadi? 618 00:53:17,400 --> 00:53:19,880 Saya atau awak? 619 00:53:20,440 --> 00:53:23,160 Paula, kita tak ada banyak masa. 620 00:53:30,320 --> 00:53:32,800 AMARAN! OKSIGEN RENDAH KINI LAPAN PERATUS 621 00:53:36,760 --> 00:53:40,680 Jangan biar ia berakhir begini! Beri saya koordinat. Cepat! 622 00:53:41,280 --> 00:53:42,120 Kenapa? 623 00:53:42,880 --> 00:53:47,360 Paula, kalau awak dedahkan kepada awam, habis kita. 624 00:53:48,360 --> 00:53:52,040 Ia akan jadi hal politik dan kesudahannya buruk nanti. 625 00:53:52,120 --> 00:53:53,480 Kenapa guna cara ini? 626 00:53:53,560 --> 00:53:56,440 Ia lebih besar daripada kita. Tolonglah. 627 00:53:58,640 --> 00:53:59,480 Paula! 628 00:54:01,520 --> 00:54:02,440 Awak nak sikit? 629 00:54:02,960 --> 00:54:05,080 - Mereka cuma ada wain kotak. - Saya… 630 00:54:07,040 --> 00:54:10,240 - Saya ingat mereka bunuh… - Saya? 631 00:54:10,320 --> 00:54:11,200 Ya. 632 00:54:13,360 --> 00:54:14,520 Anggap saja 633 00:54:14,600 --> 00:54:17,880 panggilan telefon saya mungkin terlalu menyibuk. 634 00:54:17,960 --> 00:54:20,840 Jadi baik saya berlindung dengan pihak berkuasa. 635 00:54:21,360 --> 00:54:24,640 Awak lari terus kepada dalang semua ini? 636 00:54:24,720 --> 00:54:25,560 "Dalang?" 637 00:54:26,200 --> 00:54:29,320 Maksud awak kerajaan Jerman? Kesatuan Eropah? 638 00:54:29,400 --> 00:54:32,920 - Ahli politik? Agensi perisikan? - Ya, contohnya. 639 00:54:33,000 --> 00:54:36,320 Awak rasa ia satu konspirasi besar? 640 00:54:50,840 --> 00:54:52,840 Ini bukan sekadar konspirasi. 641 00:54:53,440 --> 00:54:55,480 Tapi rasa tak berdaya yang amat sangat. 642 00:54:55,960 --> 00:54:57,480 Awak guru sejarah. 643 00:54:58,440 --> 00:55:01,040 Pernahkah ada negara di dunia ini 644 00:55:01,120 --> 00:55:03,320 yang menghadapi ancaman tahap bencana 645 00:55:03,400 --> 00:55:06,080 dan terus dapat penyelesaian bijak? 646 00:55:07,760 --> 00:55:09,640 Mereka buat macam kebiasaan. 647 00:55:10,760 --> 00:55:13,560 Ambil langkah berhati-hati. Elakkan bahaya. 648 00:55:13,640 --> 00:55:14,800 Agar diundi lagi. 649 00:55:16,200 --> 00:55:18,520 "Tiada pilihan lain", itu ayatnya. 650 00:55:20,000 --> 00:55:21,480 Tiada pilihan lain? 651 00:55:24,880 --> 00:55:26,480 Mereka nak tembak jatuh. 652 00:55:28,440 --> 00:55:33,920 Kenapa mereka tak nak terima sesuatu yang datang dari jauh untuk lawat kita? 653 00:55:34,800 --> 00:55:37,160 Kenapa mereka tak nak tahu siapa mereka? 654 00:55:39,080 --> 00:55:40,000 Mereka takut. 655 00:55:41,120 --> 00:55:42,600 Tentulah mereka takut. 656 00:55:43,160 --> 00:55:44,600 Yang mereka jahat? 657 00:55:48,960 --> 00:55:53,400 Orang Aztec dulu bukan mati sebab niat jahat orang Eropah 658 00:55:53,480 --> 00:55:56,440 tapi disebabkan penyakit zaman kanak-kanak 659 00:55:56,520 --> 00:55:57,880 yang mereka bawa. 660 00:55:59,480 --> 00:56:02,840 Kita juga dah nampak cara sebuah virus berbahaya 661 00:56:02,920 --> 00:56:05,000 ditangani dunia yang konon bijak. 662 00:56:06,000 --> 00:56:08,800 Apa mereka akan buat kalau mereka tahu tentang ini? 663 00:56:08,880 --> 00:56:12,520 Apa orang di Internet akan buat? Pihak media? Autokrasi? 664 00:56:13,160 --> 00:56:15,280 Mereka akan merenggangkan kita. 665 00:56:17,480 --> 00:56:19,440 Teknologi yang akan mendarat itu? 666 00:56:20,240 --> 00:56:22,000 Habislah kalau China dapat. 667 00:56:22,080 --> 00:56:23,880 Atau Rusia atau Iran 668 00:56:23,960 --> 00:56:25,520 atau sesiapa saja. 669 00:56:27,360 --> 00:56:28,840 Kita belum bersedia. 670 00:56:30,120 --> 00:56:32,440 Tidak. Kita tak pernah bersedia. 671 00:56:33,680 --> 00:56:35,200 Kita tak tahu lokasinya. 672 00:56:35,280 --> 00:56:36,560 Kita tak boleh lihat. 673 00:56:36,640 --> 00:56:38,880 Kita tak tahu langsung 674 00:56:38,960 --> 00:56:41,280 teknologi yang kita bakal hadapi. 675 00:56:42,600 --> 00:56:44,960 Ia di luar kotak pemikiran kita. 676 00:56:46,880 --> 00:56:48,600 Kita cuma ada koordinatnya. 677 00:56:49,560 --> 00:56:50,440 Masa juga. 678 00:56:53,440 --> 00:56:54,280 Bila? 679 00:57:03,160 --> 00:57:04,080 - Ayuh. - Ya. 680 00:57:05,840 --> 00:57:08,320 Ini peluang kita untuk bertemu mereka. 681 00:57:09,240 --> 00:57:10,080 Cepat. 682 00:57:12,640 --> 00:57:14,360 - Saya tak nak tengok. - Apa? 683 00:57:24,720 --> 00:57:27,760 AMARAN! OKSIGEN RENDAH KINI TIGA PERATUS 684 00:57:35,880 --> 00:57:38,480 ISYARAT HILANG / ADA 685 00:57:43,640 --> 00:57:45,600 Cepat! Paula! 686 00:57:47,520 --> 00:57:48,600 Cakaplah! 687 00:57:48,680 --> 00:57:49,520 Paula. 688 00:57:54,440 --> 00:57:56,080 48 darjah. 689 00:57:57,160 --> 00:57:58,920 - 30… - 48 darjah. 690 00:57:59,520 --> 00:58:02,680 35 minit. 691 00:58:02,760 --> 00:58:06,400 6.5 saat utara. 692 00:58:07,840 --> 00:58:09,000 11 darjah. 693 00:58:09,080 --> 00:58:10,320 11 darjah. 694 00:58:10,400 --> 00:58:11,280 50 minit. 695 00:58:11,360 --> 00:58:12,360 50 minit. 696 00:58:12,440 --> 00:58:14,640 39.4 saat timur. 697 00:58:17,840 --> 00:58:24,240 - Pada 6 September pukul 6:17 pagi. - Pada 6 September pukul 6:17 pagi. 698 00:58:31,520 --> 00:58:32,560 Hei. 699 00:58:36,680 --> 00:58:37,520 Terima kasih. 700 00:58:44,280 --> 00:58:47,880 Maafkan saya. Saya tak mahu buat. Saya terpaksa atau… 701 00:58:47,960 --> 00:58:52,000 Pada masa ini, objek terbang yang tak dikenali akan mendarat di Bumi. 702 00:58:54,200 --> 00:58:57,240 Sudah tiga bulan saya terima isyaratnya. 703 00:58:58,600 --> 00:58:59,640 Apa awak buat? 704 00:59:02,720 --> 00:59:04,200 Semua orang boleh dengar. 705 00:59:06,000 --> 00:59:07,320 Semua orang dah tahu. 706 00:59:10,200 --> 00:59:12,400 Awak dah buat silap besar. 707 00:59:52,200 --> 00:59:53,040 Berhenti! 708 00:59:53,120 --> 00:59:54,080 Tunduk! 709 00:59:54,160 --> 00:59:56,320 Jangan! Berhenti! 710 00:59:56,400 --> 00:59:57,360 Jangan! 711 01:07:08,480 --> 01:07:10,480 Terjemahan sari kata oleh Hazim Noh